DRYAD

entries profile tagboard links


18 November 2011 @ 12:53 PM
Lagi Pusing Deh
Assalamualaikum wrt. wbt.

Weh, aku pening la. Nak pindah sekolah ke tak ? Aku memang nak duduk asrama balik sebab malas nak buat kerja rumah. Tapi aku takot tak leh sesuaikan diri kat _ _ _ _ tu. Hmm, tudung sekolah kene pakai tudung indon warna putih, oh burn. Aku tengah proses stalk budak-2 sana. Hmm, aku suke sekolah Dol' Said ni, best, kawan-2 die baik. Tahun depan aku dah apply jadi PRS /pembimbing rakan sebaya\. Kalau aku pindah, tu jadi sekolah ke-3 dalam sekolah menegah aku, macam nomad dah. Kalau aku pindah sana, sekolah tu dekat je dengan DP, kalau balik wajib boleh lepak sana. Gue pusing deh ~

YES / NO ?

Labels: ,

13 November 2011 @ 8:01 PM
After a long time been waiting,
Assalamualaikum wrt. wbt.

          Kite dah lama gila tunggu saat petang tadi, iaitu lawat kengkawan hostel kite kat SYSTEM (Sec. Sch. Telok Mas). Petang tadi kite jumpa Dinie, Alia, Aina, Adlina, Hanis, Husna, Elle, Niesa, Syahiera and Seri /sorry kalau nama lupa sebut\. Rugi gilelah ptg tadi tak snap pic. Akak f2 and f3 tak ada la :'(. Baru nak jumpa kakak angkat kite. F2 pergi lawatan kat Lost World Of Tambun and F3 balik rumah /habis PMR katekan\. 

*muka sebelum pergi*

          Aku pergi lawat abang aku dulu, ambil dia pastu dia kata nak beli barang. Ayah aku kata pergi sekolah lama aku dulu. Sebenarnya abang aku tak boleh outing tau, F5 memang tak boleh outing, esok SPM. Tapi, bapak aku bawa je die fly, HEHE. So, dah sampai SYSTEM, jumpa lah kawan-kawan. Pastu, ambil barang aku which alasan tu yang aku guna untuk bodek bapak aku pergi SYSTEM. Selain tu, aku dapat baju batch, warne purple /suke suke\. Abang aku pon jumpa kawan-kawan dia. Dia kan dulu pernah sekolah situ. Pastu, mase aku dengan Adlina nak nak pergi surau, kene nganjing dengan kawan abang aku /aspura\, babi. Aku kasi gambar aku kat deorang, ade 21 keping.  

*abang aku yang kanan sekali*

          Pastu, lepas dah habis lawat kat SYSTEM. Pergi lah Jusco pulak sebab abang aku nak beli barang die tu. Aku dah lah pakai tracksuit + t-shirt masa lawat hostel SYSTEM tadi. Tahan jelah segan aku kat Jusco pakai baju tu. Abang aku beli alat tulis, contact lens, pastu kawan-kawan dia kat mozac tempah dia suruh beli Cool Blog, die belanja aku satu, n_n. Sambil dia beli tu, dekat-dekat situ je ade kedai tudung. Pastu, ada pashmina purple yang cantik menarik, aku pon grab lah satu, RM 15. Plus baju batch aku warna ungu. Lepas dah beli barang abang aku, kitorang hantar die naik bukit tu balik, then kitorang pon balik.          

*baju batch F1 aspuri*

Lepas balik tadi, aku terus try pakai baju batch tu and pashmina yang baru beli tadi dengan muka busuk aku.




I love purple !

Labels: , , ,

04 November 2011 @ 3:56 PM
I Miss Hostel :'(
Assalamualaikum wrt. wbt.
       Aku ada pengalaman duduk kat asrama, tapi 5 bulan je. Err, camne ? Ada yang best ada yang tak best. Masa aku duduk hostel dulu, aku asyik fikir keburukan die je. Tapi bila dah pindah sini, jadi outsider, aku lupa semua keburukan hostel, rindu kawan2 aku. Oh ya, aku duduk hostel sekolah biasa je, SMK Telok Mas aka SYSTEM. Tak duduk asrama penuh. Bila tengok balik diari aku masa kat asrama dulu, rasa diri aku ni bodoh gila.





       SMK Telok Mas ni memang sekolah yang adik beradik aku warisi sejak turun temurun, *cehh*. Dulu, kakak aku sekolah sini, batch 06-08, masa nak PMR tu dia nak jadi outsider macam aku ni la. Abang aku pulak batch 07-09, lepas dapat result baik, dia masuk MOZAC sampai sekarang. Siblings perempuan aku semua fail duduk asrama, termasuk aku la. Siblings lelaki aku, okay la sebab abang first aku dulu duduk MRSM dari form 1 sampai graduate and abang sec aku tu yang aku citer tadi, sekolah Telok Mas, pastu masuk MOZAC. Tinggal adik-adik lelaki aku je untuk sambung deorang punye keturunan budak hostel. Jangan jadi macam aku.


So, aku nak cerita lah sikit pasal keburukan | kebaikan hostel yang aku duduk ni. 
*kene revise diari budus aku masa kat hostel dulu*

Kebaikan dia :

1) Berdikari. Baju basuh sendiri, aku suka basuh guna tangan dari guna washing machine. Sebab apa ? Basuh guna tangan lagi cepat kalau nak cuci baju yang sikit, I mean berapa minit je. Daripada guna washing machine, 1 jam nak spin, wash, rinse and etc, tak kene membazir air tu ? Aku gantung baju kotor aku kat ampaian, sebab senior tak kasi perap kat dalam baldi, hujung minggu baru basuh guna washing machine. Hujung minggu tempah mesin basuh kat biro atau ajk yang jaga mesin tu, kongsi dengan kawan. Sekali basuh singgit. Aha, dulu aku ade sediakan buku, nak pakai baju apa esok, lusa, minggu depan dan seterusnya. Betapa nerd-nya aku sbgai junior, >.<. Lagi satu, baju kita kena lipat sendiri, kalau kat rumah ni aku malas sangat nak lipat sebab ade kakak aku yang lipatkan, hehe. Kalau kat hostel, aku wajib buat, sebab aku dah set kat minda aku, "takde sape nak buatkan untuk kau weh, kau kene buat untuk diri sendiri". Ade lah some of kawan aku pos baju die setiap minggu kat mak bapak deorang, tapi aku tak boleh buat macam tu sebab rumah aku jauh kat Alor Gajah sana, 1 jam nak sampai Telok Mas, macam babi je perangai nak suruh parents aku datang sekolah 2 kali seminggu, mak bapak aku datang setiap minggu hari Ahad pun dah cukup baik, bawa makanan *onomnomnom* dengan barang keperluan aku yang tak ada.




2) Senang kalau ada emergency. Kalau korang dah pergi sekolah, tertinggal buku or tak bawa baju PJ. Boleh lah fly senyap masuk asrama, ambil barang tu. Dulu aku pernah tertinggal baju PJ, pastu aku ajak kawan aku yang kepala otai fly senyap-senyap masuk asrama, ambil baju kat ampaian. Hihi ^^o.  Lagi satu, kalau ada presentation yang melibatkan kumpulan memang senang, sebab kawan kita tu kita jumpa dia 24 hours. Hujung minggu ajak pergi perpustakaan asrama buat presentation sama-sama. Memang susah kalau satu kumpulan dengan budak outsider sebab tak jumpa and susah nak co-operate.

3) Barang semua ada kat jagaan kita. Aku paling suka benda ni ! Faham tak maksud dia ? Maksud die if kat rumah ni aku kongsi bilik dengan kakak aku. *lainlah if kau anak tunggal etc* Barang kita, kita yang jaga. Kalau kat rumah ni aku benci ah tengok kakak aku kadang2 dia pakai baju aku, buat macam bilik dia and etc. Kalau kat hostel ni, barang semua kita punye except makanan, *kene kongsi dengan kawan*. Semua barang kita ada kat locker and katil kita punya sendiri, sendiri tidur sendiri kemas.

4) Kawan kita macam family. Yup, ahli asrama tu wajib kita kenal semua sekali tak kira senior ke junior. Kalau kawan kita, hari-hari kita jumpa dia, nak makan jumpa, nak mandi jumpa, nak tidur jumpa. So, kira macam adik beradik. Dalam hostel ni, kita nampak belang masing-masing. Ada yang manja, kerek, gatal and etc. Paling best, kalau jumpa kawan yang satu kepala dengan kita. Dulu, aku rapat dengan budak kelas. 1 Alpha FTW ! Aku rasa budak-budak kelas Alpha paling gempak. Mula-mula, kitaorang buat geng Alpha sebab kitorang khautim gila. *cehh* Lepastu, budak-budak kelas lain pon join jugak. Ada yang join secara tak sengaja and ada yang budak kitorang bawa. Memang jadi group terbesarlah kat batch form 1. Kalau kene attack dengan senior, kita tanggung sama-sama. I miss that moment. :'( Haaa, lagi satu, makanan wajib dikongsi kay. Dulu, aku bawa kerepek pastu bawa pergi dorm 3 melantak ramai-ramai, haha kebetulan kampung aku, kat Johor banyak kilang kerepek.  Ingat lagi dulu, lepas balik prep petang memang berebut-rebut la nak cop tandas. Lepastu hostel ni tak sah kalau tak ada istilah "after". Lepastu, kalau ade siapa dah dapat cop, mesti dia jaga after untuk kawan dia, awww.


5) Solat terjaga. Kalau duduk hostel, surau berapa langkah je dah sampai. Kat rumah ni, surau kat taman aku ni jauh, plusplus aku malas nak jalan pergi sana. And if duduk hostel, tak boleh ponteng solat ada mata-mata yang jaga kita tau. Sape ? Senior laa. Kalau kat rumah ni aku selalu missed solat. *pengakuan berani mati* And, kita tengok kawan-kawan atau kakak senior mengaji, solat, kita pon ada rasa nak buat kan ? Pastu, kat surau ni memang wajib la solat berjemaah kan, kecuali solat zohor atau asar la, sebab hal duniawi mcm sekolah and etc. Pahala solat jemaah 27 kali ganda dari solat biasa, kata biro dakwah, kak Nadiah. Lagi satu, hostel aku dulu setiap malam jumaat memang buat bacaan yasin lepas Isyak, sambil nak tunggu Isyak mesti ada roll call, ketua dorm kira bilangan budak dorm pastu kasi kat kak Eza. Lepas dah habis baca yasin, memang naik dorm basuh baju, cop tempat sebelah kawan, lagi eksaited if masa esok tu hari Jumaat balik wajib, memang semangat nak balik tu membuak-buak. Memang best gile la mase tu.

6) Waktu prep & riadah. Prep best gila la, lagi-lagi waktu malam, petang tu kurang sikit sebab penat. Cuba kau bayangkan kau dengan kawan-kawan kau kat kelas tanpa cikgu. I repeat, tanpa cikgu. Best sangat, lepas habis buat kerja sekolah bolehlah gossip-gossip or buat apa-apa. Dulu aku pernah bawa cerek elektrik kat asrama. *barang haram sebenarnya* Lepas tu, kita orang masak maggi and makan ramai-ramai. Best :'(. Siapa yang jalan-jalan kat koridor tu kira mencapub aka mencari publisiti. Lepas tu, tandas kat sebelah kelas kitorang je *1 Alpha*, senang gila kay if anything terjadi. Blok kitorang ade empat tingkat, setiap tingkat ada satu tandas, selang seli tandas lelaki/perempuan. Riadah best, kadang-kadang akak biro buat pertandingan bola tampar, bola baling and etc lawan dorm. Kalau kat rumah ni, kita mesti sukan mase PJ kat sekolah je kan ? Kalau kat asrama aku dulu riadah 3 kali seminggu. Ada yang bawa badminton lepas tu main lah dengan kawan dia. Dulu, aku malas riadah, aku duduk je kat rumput lepak dengan kawan aku, tu bad attitude tu.



         Dulu aku ada kakak angkat, Nor Hidayah binti Hasnol, tapi aku tak berapa alert tentang benda tu sebab aku lebih kepada diri aku sendiri, berdikari *jahatnyaaa*. Aku selalu cerita kat die aku nak pindah sangat-sangat, die selalu pujuk aku jangan pergi, tapi aku degil.


*kawan aku, yana mase dia nak pindah*


       Keburukan die pulak. Aku dah lupa la, dulu masa kat hostel banyak gila aku list tunjuk kat bapak aku. Aku tak leh panjang-panjang sangat takut aku ter-influence korang benci asrama pulak. Yang aku ingat cuma,

Aku benci bila hostel takde air *dua bulan sekali kot*.  Memang kene bangun awal gila babs la, kene mandi kat tandas sekolah sebab tandas asrama tak ada air tapi tak de lah jauh sangat. Aku rasa distance dari asrama ke sekolah 300m kot. Dekat kan ?

Aku benci bila terbangun pagi-pagi sakit perut pastu aku tak sampai hati nak kejutkan kawan aku yang tengah kroh.. kroh.. nyenyak tidur, terpaksalah aku beranikan diri pergi tandas sorang-sorang, tapi takde papelah, trust me.

  Aku benci bila aku dah sampai hostel tetibe lak aku check beg baju aku ade tertinggal barang. Aku pernah tertinggal selipar kat rumah, sial betul. Tapi nasib baik ada kawan aku bawak selipar extra, iaitu Syahirah Zulkafly and Ain Gedox.


Aku benci spending weekend kat asrama sebab masa aku terluang sangat, tak kene wat pape. Hujung minggu tulah aku tidur sepuas-puasnya lepas hari persekolahan yang memenatkan lagi tired *ehh ?*.

Aku tak suka bila aku nak beli air tin kat mesin tu pastu die telan duit aku, isk duit aku RM 1.50 pernah kene telan tau, tsk tsk :(.  Aku benci public phone yang kuat telan duit. Duit syiling memang penting tau kat asrama, nak beli air tin, nak telefon mak.

Aku benci bila gabra moment kat sekolah. Aku bimbang henset aku yang aku sorokkan kat dalam tilam. Well, aku tak adalah pro sangat bab sorok-sorok macam senior aku. Aku takut, tiba-tiba ada spotcheck mengejut. Akak senior kata sampai deorang pernah tanam fon kat tanah.

Aku benci tusyen. Aku tak boleh sesuaikan diri dengan tusyen lah. Dah lah tusyen paksa. Sebulan RM 40. Tusyen Bestari tu. Aku lagi suka prep malam daripada tusyen.



Aku benci sifat ngantok aku kat sekolah. Pelik doh, kalau kat rumah ni aku tidur pukul 12-1 pagi, tak pulak mengantuk aku kat kelas. Tapi kat asrama, rasa mengantuk gile, aku banyak tertinggal pelajaran. Sekarang dah dapat kejar balik. :)

p/s : Penat gila type and edit code untuk susun pic.
Till then people, bye xx.
Credit : Picture thanks to Dinie and Hanis Latiffa. Aku curi kat album korang tapi aku edit sendiri ye. :)

Labels:

29 May 2011 @ 12:01 PM
Capital E-M-O
Could be everyday as that happy ? Life with friend ineed is indeed beside. Give me some strength, I need my friends at my side. Syahiera, who I can share intrests with.Adlina, who understands how deep my heart are at hostel. Siti & Sofia, who understands about my personal secrets. Sal, who always accompanied me wherever I go at hostel and school. Yana, Su, Seri, Dani, Ain, Nisa, Elle, Sofy, Cika, Aina who always make my day whenever I feel so down.


Labels: ,

20 May 2011 @ 9:47 PM

Supposely mlm ni mmng best, iaitu ade prep, wed,thus,fri,sat mmng best, <3. Rabu & Jumaat prep, Khamis yasin pastu bebas, Sabtu bebas, bestnye. Bende yg aku benci hostel ialah tusyen. Ey ey, rindunye kwn2 aku especially adlina, aina, cika, seri, sal, su, yana, anis, nisa, dini, dani, ain dll. Rindu nak menganjing bunge, rindu nak gelak mase Abeng ckp ''ini serious'' versi wonderpet. Rindu nak ejek Ain musyuk2, rindu nak basuh baju sendiri, rindu nak ''buat peta'' time cg. stacy mengajar, rindu nak g toilet sebelah 1 Alfa, rindu roll call, rindu nk cari gaduh ngn geng acid.

Act, bosan ah, xde keje, men Farmville jelah. Kene start lvl low blek sbb buat acc fb baru T_T. FV dah makin kedekut ouh, binatang sume die jual gune duit ijau, dahla duit ijau kene beli dengan duit betul, cis.

Cuti dahnak dekat, xde plan lg, dok umah je kot, poket kosong la, aini pulak xde kt sini, slalunye die tukang bawa pegi jln2. Bdak telok mas ajk g dp, x dpt g kot sbb uma jaoh then xde kwn nk teman naik bas, deorang sume umah dekat, xpela, sobx ;'(

Labels: ,

14 May 2011 @ 8:37 PM
New school, new spirit.


Dari SMKTM ke SMKDDS





Rindu gile ah 1 Alpha 2011

Labels: ,

23 April 2011 @ 1:43 PM
PIBG brought me here


Hurhurhur, sbnrnye minggu ni aku x blik wajib, saje menggate nak balik gune alasan nak pg PIBG. Td, PIBG bosan yg teramat. Bdk2 Dol Said' blik awal naw sbb ade kelas +. Dapat jumpe Ajwad, Syahirah & Syahiera kejap jer. Yg pg td Adilah, Falihah, Sofia , Anim, Ajwad, Mira, Syahirah, Syahiera, Saadiah && aku.

Labels:

22 April 2011 @ 7:16 PM
BYE


NUR LIYANA BINTI ROZAN BIN MANAP

Ni kwn aku, name die dah tertera kat atas. Aq panggil die yana. Die ni sporting sgt, otk gila2 && ratu gossip, mmng hotstuff la kat kls. But, ptg td die dah tinggalkan skola, pindah Ayer Molek sbb @#$%^&*. Ramai nangis, sbb ktorang syg sgt2 kt ko, susah nk dpt kwn cm ko tau. Xperlah, aslkan ko bahagia, ko hepy aku pon hepy gak. X sanggup tgk ko nangis sbb ''jalang'' tu. Grrrr. All the best, semoga SMK Ayer Molek tu x b'puaka mcm Telok Mas ni. KBYE


Labels: ,

29 December 2010 @ 3:39 PM
My Future


strict schedules baybeh.
how can I survive ? pfft.
may god made my life easier :)

Labels: