DRYAD

entries profile tagboard links


25 November 2011 @ 3:14 PM
Shah Alam
Where I've been lately ? 
Malas nak cerita so terangkan ikut gambar je la eh. Ikut my sis pergi rumah dia. 2 hari jewwwzzz.

Ni kat Jalan Masjid India *excuse my baju buruk

 hmph ? 


 Ni rumah kakak kite, dia tinggal dengan housemates yang lain.

*ehem* *cough*

Ni masa malam-malam, comel kan kucing ni. Jumpa masa nak beli burger. Bawah mata dia luka.

Ni kat Central Market

Beli ni, kinda outdated sebab dah lama orang pakai kan. Ugh.

 Ni Bangsar Village
Ni pulak Bangsar Shopping Centre

Kakak aku nak cari kawan dia, tak ada apa-2 lah kat dalam tu, mall biasa je.

Ada lagi satu entry.. Tunggu!!!1!...

Labels:

20 November 2011 @ 7:23 PM
Jalan Lagi ~~
Assalamuaikum wrt. wbt.
Hai semua ! Mari dekat, mari dekat. Harini aku pergi Melaka lagi, tapi dengan family. So, save budget lah kan sebab transport + makan sume disponsor, tu yang aku suka tu. Sebenarnya aku dengan kakak aku dah lama plan nak pergi Tutti Frutti baru buka kat Bukit Beruang harini, 50% less kay sebab perasmian. Bapak aku kata pergi sekali dengan dia  sebab dia nak bawa abang aku outing. Pukul dua lebih tadi, kitorang gerak, sampai sana dekat-2 pukul tiga. Mula-mula pergi rumah Melaka dulu kat Tanjung Minyak, bapak aku buat apa entah. Pastu pergi naik bukit, bawa abang aku outing. Dia kata ada sorang kawan dia kena jadi outsider sebab buat hal.  Pastu, akak aku drive pergi Bukit Beruang nak pergi kat Tutti Frutti tu la. Unfortunately, kedai penuh gila ! PENUH GILA ! GILA ! sampai terkeluar queue dia dari kedai tu. So, kitorang changed plan. Akak aku bawa pegi makan kat Jusco, mcD. Ayah aku pon iyekan je. Masa tengah makan tu ayah aku tanya nak pindah sekolah ke tak, dengan yakinnya aku jawab tak nak *cehh*. Pastu hantar abang aku pergi sekolah dia balik and kitorang balik rumah. THE END. Ehh, jap sesi cuci mata dengan pic tadi.

Ni driver yang bajet comel :


Masa kat Tanjung Minyak :



Masa kat mcD :







Aku suka bila kakak aku ada kat rumah, memang jalan je keje.

Labels:

19 November 2011 @ 11:11 PM
Outing !
Assalamualaikum wrt. wbt. 
Hmm acano nak cite eh ? kk Aku cite dari pergi sampai balik.


Pagi : Hmm, aku siap-siap pukul 9 pagi. Pahtu, aku kene jemur kain kakak aku suruh kalau tak, dia tak kasi pinjam fon dia, aku suka fon dia sebab camera lawa plus fon aku memang tengah rosak. Pastu kul 9.30 pg aku jalan lah pergi bus stop kat depan rumah, dekat je. Ugh aku tunggu dekat satu jam kot kat situ, dahlar panas. Pastu, bas sampai, bas mara, ape lagi memang aku conquer la dua seat plus air-con dia tu. Dah sampai, pastu dari Melaka Central tu aku pergi jalan pergi AEON or Jusco Melaka. Jauh k jauh lagi-lagi masa kat jejantas tu, ugh panjang giloz. Aku sampai sana dekat-dekat pukul 11 kot, lambat satu jam, aku janji dengan deorang pukul 10.



Nisa dengan abang angkat dia, tapi Nisa tak kasi aku upload facebook, :'(.

Petang : Hmm, kitorang window shopping, jumpa ramai senior ! Akak F3 dengan F4. Kitorang berpecah dengan Nisa sebab dia pergi dating dengan abang angkat die, sweet dow. Pastu dak Yana asyik merengek lapo je, kitorang pon cari tempat makan. Dinie dengan Yana nak KFC, Nisa nak Pizza. Last-2, pergi makan kat Pizza sebab KFC tu crowded sangat la, nak snap pic nanti janggal lak. Eh, before that kitorang beli tiket wayang, beli tiket The Adventures of Ting-Ting untuk 4 seats which for aku, dinie, nisa n yana. Masa kat Pizza tu baru Danie call, dia kata dia ada kat GSC, die beli tiket cite tu. Pastu turun, lepak kat Pizza, aku snap-2 pic. Dinie dengan Yana borak-2. Nisa borak dgn abang angkat dia. Lepas tu, dah dekat pukul dua, Nisa nak solat. Pastu, kitorang masuk wayang tengok cite Tin Tin tu, aku faham jalan cerita dia tapi -___-'. Pastu dah pukul empat lebih, kitorang window shopping lagi. Danie nak cari patung tapi tak de, -,-'. Pastu pergi toilet, memang snap banyak pic sampai ade akak tu dah menyampah, haha biarlah dia.



Tak sedap la Pizza ni ! Banyak sangat cheese buat aku mual.


Balik : Ni part yang paling worst T^T. Masa Jusco nak pergi Melaka Central aku, aku sesat mana nak keluar dari Jusco nak pergi Melaka Central. Miserable. Nasib baik aku berani nak tanya sorang akak ni. Dapat lah aku balik rumah dengan selamat, Alhamdulillah. =)


Suka pic ni, sangat-2 ! HAHA.

Labels:

18 November 2011 @ 12:53 PM
Lagi Pusing Deh
Assalamualaikum wrt. wbt.

Weh, aku pening la. Nak pindah sekolah ke tak ? Aku memang nak duduk asrama balik sebab malas nak buat kerja rumah. Tapi aku takot tak leh sesuaikan diri kat _ _ _ _ tu. Hmm, tudung sekolah kene pakai tudung indon warna putih, oh burn. Aku tengah proses stalk budak-2 sana. Hmm, aku suke sekolah Dol' Said ni, best, kawan-2 die baik. Tahun depan aku dah apply jadi PRS /pembimbing rakan sebaya\. Kalau aku pindah, tu jadi sekolah ke-3 dalam sekolah menegah aku, macam nomad dah. Kalau aku pindah sana, sekolah tu dekat je dengan DP, kalau balik wajib boleh lepak sana. Gue pusing deh ~

YES / NO ?

Labels: ,

@ 11:12 AM
Contest Blog Simple But Awesome
Kite join contest dari Kak Hanani. Hadiah dia best-2 tahu !


Syarat - syaratnya :
- A Malaysian blogger
- Mesti ada blog
- Follow blog ini ( tak wajib )
- Buat satu entry tentang contest ini dan letak banner contest itu sekali
- Tag rakan blogger ( tak wajib )
- Paste link entry di tapak komen 


 Hadiahnya :

Boleh rujuk di entry ini >> Hadiah Contest Blog Simple But Awesome

Tarikh tutup contest ini ialah 13.12.2011




Tag : Yana  , Ira Fiqah , Jed
@ 12:54 AM
Contest Edit Gambar Paling Cantik
Contest lagi >.<"
Harap-harap menang.


Syarat-syarat :
  • Like page ini , ini dan ini . \ikhlas/
  • Tak kisah apa pun jantina korang . Khunsa pun boleh :p Okay joke .
  • Buat entry untuk contest ni . Tak kira panjang atau pendek . Jangan lupa letak banner sekali .
  • Gambar , terpulang kat korang nak buat gambar apa . Gambar atok kesayangan pun boleh jugak .
  • Dah siap , publish entry contest yang korang buat tadi di comment box antara kiteorang bertiga . \WAJIB/
  • Tag sekurang-kurangnya 3 orang . \pastikan mereka tahu/
  • " www.blablabla.bs.com " <-- link seperti ini tidak akan dilayan .
  • Contest ini akan terbatal jika kurang dari 5 orang .




  • Hadiah : 
  • Pemenang pertama : Blogskin ( Mai )  + Header ( Athirah )
  • Pemenang kedua : Blogskin ( Scha ) + Header ( Athirah )
  • Pemenang ketiga : Blogskin ( Syah ) + Header ( Athirah )
  • Pemenang keempat : Blogskin ( Syah ) + Header ( Athirah )
  • Pemenang kelima : Header ( Yas ) + Header ( Athirah ) 
  • Pemenang keenam : Doodle ( Rabiatul ) + Header ( Rabiatul )
  • Pemenang ketujuh : Header ( Rabiatul )
  • 5 pemenang lucky draw : Header




Before :


After :







Tag : Yana  , Ira Fiqah , Jed

Labels:

17 November 2011 @ 11:39 PM
Contest Blog Kiut, Miut, Tiut

The rules:
1. Follow Blog Farhan K, , Muazz, Opah, Aina Dee dan Amalia.2. Terbuka kepada semua. Tak kira Perempuan atau Lelaki.
3. Buat entry and letak banner diatas.
4. Tag sekurang-kurangnya 2 orang rakan anda. Lebih pun takpe. Pastikan mereka tahu.
5. Bila dah selesai,copy link entry and post dekat bahagian comment kami berlima.
6. Tarikh bermula dari 13 November --- 4 Disember 2011.
7. Contest akan serta merta terbatal kalau kurang dari 20 contestant.



The Present. 
1. Edit Full Blogskin + Header + Welcome Note dari Farhan K.2. Edit Full Blogskin + Header dari Farhan K.3. Edit Full Blogskin + Header dari Muazz Adli
4. Edit Full Blogskin dari Muazz Adli
5. Edit Full Denim + Header dari Aina Dee.
6 Edit Full Denim dari Opah Gedik
- Pemenang bertuah dapat hadiah Header Comel dari Farhan berdasarkan Random.org 




Tag : Yana  , Ira Fiqah , Jedd

Labels:

15 November 2011 @ 3:49 PM
Schoooooolz
Assalamualaikum wrt. wbt.

1) So, hari ni dapat RM 100. Semua orang dapat. Duit free, siapa tak nak kan ? Parent aku datang sekolah. Sekali dapat dengan slip pekse. Aku tak tahu lah ape guru kelas aku cakap kat parent aku, err, sumpah miserable. Mungkin aku ada buat silap sepanjang 5 bulan aku sekolah kat sini, tapi aku tak perasan. Pahtu, aku nak try la usha akunye markah pekse. Tempat nak check tu dah tuka dari Q-net ke SAPS. Aku check-check, markah aku semua tak betul, well not all maybe some. Benci ah camnik !!  

2) Kesalahan dia, UJIAN 1 semua markah dia salah, acano leh banyak gila tak hadir  !!!!!!! Aku tak ambil kat Dol' Said k, aku ambil kat Telok Mas. Plus, KH aku KH Perdagangan Keusahawanan bukan KH Kemahiran Teknikal. Pastu, mid-year exam aku markah dia salah, KH KT aku bila masa TAK HADIR. Aku lagi suka Q-Net la, tepat padat dan gitu. SCREW SAPS !!!!!!!!


3) Agak satisfied dengan keputusan pekse akhir tahun aku. Aku rasa kalau aku kat hostel, memang aku tak dapat markah A' lah sebab aku main-main giler la, kat sekolah tido masa prep buat keje sekolah pastu tido / main - main. HEHE, budak darjah enam ekau jangan terpengaruh dengan statement aku ni, korang masuk lah asrama ye anak-anak. ^__^

4) Sekolah sekarang ni tak buat apa-apa. Belajar sendiri ? Aku tengok Dania lah kot yang still dalam mood belajar, tapi belajar sekejap je. Aku bawa card Old Maid. Tan bawa card Uno. Nacik bawa Saidina. Tan bawa card "Spider Solitaire". Jerusha bawa Jutaria. Anis bawa laptop. Syahirah Burn bawa laptop. Puwa bawa netbook. Esok ada jamuan kelas, entry coming soon ye anak-anak.

5) Haaaa, tadi aku copy kat laptop Syahirah Burn cerita hantu Al-Hijab tu, haah aku lame kan belum tengok lagi. Malam ni nak tengok la, cucuk pendrive kat TV pastu bentang tilam kat depan TV pastu tengok sambil makan keropok moni pastu sambil terkejutkan adik aku masa dia tengah focus, K tu melebih.

Harap sangat dapat masuk 2 BETA tahun depan !!!!

Labels:

13 November 2011 @ 8:01 PM
After a long time been waiting,
Assalamualaikum wrt. wbt.

          Kite dah lama gila tunggu saat petang tadi, iaitu lawat kengkawan hostel kite kat SYSTEM (Sec. Sch. Telok Mas). Petang tadi kite jumpa Dinie, Alia, Aina, Adlina, Hanis, Husna, Elle, Niesa, Syahiera and Seri /sorry kalau nama lupa sebut\. Rugi gilelah ptg tadi tak snap pic. Akak f2 and f3 tak ada la :'(. Baru nak jumpa kakak angkat kite. F2 pergi lawatan kat Lost World Of Tambun and F3 balik rumah /habis PMR katekan\. 

*muka sebelum pergi*

          Aku pergi lawat abang aku dulu, ambil dia pastu dia kata nak beli barang. Ayah aku kata pergi sekolah lama aku dulu. Sebenarnya abang aku tak boleh outing tau, F5 memang tak boleh outing, esok SPM. Tapi, bapak aku bawa je die fly, HEHE. So, dah sampai SYSTEM, jumpa lah kawan-kawan. Pastu, ambil barang aku which alasan tu yang aku guna untuk bodek bapak aku pergi SYSTEM. Selain tu, aku dapat baju batch, warne purple /suke suke\. Abang aku pon jumpa kawan-kawan dia. Dia kan dulu pernah sekolah situ. Pastu, mase aku dengan Adlina nak nak pergi surau, kene nganjing dengan kawan abang aku /aspura\, babi. Aku kasi gambar aku kat deorang, ade 21 keping.  

*abang aku yang kanan sekali*

          Pastu, lepas dah habis lawat kat SYSTEM. Pergi lah Jusco pulak sebab abang aku nak beli barang die tu. Aku dah lah pakai tracksuit + t-shirt masa lawat hostel SYSTEM tadi. Tahan jelah segan aku kat Jusco pakai baju tu. Abang aku beli alat tulis, contact lens, pastu kawan-kawan dia kat mozac tempah dia suruh beli Cool Blog, die belanja aku satu, n_n. Sambil dia beli tu, dekat-dekat situ je ade kedai tudung. Pastu, ada pashmina purple yang cantik menarik, aku pon grab lah satu, RM 15. Plus baju batch aku warna ungu. Lepas dah beli barang abang aku, kitorang hantar die naik bukit tu balik, then kitorang pon balik.          

*baju batch F1 aspuri*

Lepas balik tadi, aku terus try pakai baju batch tu and pashmina yang baru beli tadi dengan muka busuk aku.




I love purple !

Labels: , , ,

12 November 2011 @ 11:07 PM
Contest ; Editing Photo
So, min berminat nak join blog ni punye contest, try my luck. Harap-harap menang. :)


Antara gambar dipilih :

Pic 1

Before :


After :


Pic 2
Before :


After :



Pic 3 
Before :


After :



Pilih la kite, pilih la kite. *mukacomel.jpg*
11 November 2011 @ 11:39 PM
Kemahiran Hidup (Vanilla muffin + pancakes )


So, that my previous tweet masa balik sekolah 10.11.11. Late update blog sebab tuan empunya gambar lambat masukkan. Sorry blog terchentaaa wowowuwuwu, k tu gedik.


Our dining table at "Bilik Masak"


Cikgu praktikal yang sporting and happening !





Muffin ! Purple tu topping dia, blueberry choc and yang kat kuali tu muffin dia.





Ni tuan empunya gambar, kredit kat dia banyak-banyak.



Gambar ni buruk kbye.


Syu and Ateen. 


Lupa nak beritahu, actually aku KH KT /kemahiran teknikal\. Ni just aku menumpang KH SP /sains pertanian\ untuk buat culinary ni. Till then reader, bye xx. :*

Labels: ,